Anda perlukan rahsia SEO? SEO bukanlah suatu perkara yang kompleks. Jika anda tahu asasnya, sebenarnya mudah. Perkara pokok dalam SEO adalah apa sebenarnya yang dikehendaki oleh enjin carian? Itulah jawapannya. Ia menjadi kompleks sebab terdapat banyak teori dan sangkaan pelbagai pihak berkenaan SEO. Apa yang dikehendaki oleh enjin carian?
Mereka mahukan informasi. Internet wujud sebab manusia perlu bertukar maklumat atau kandungan atau informasi. Enjin carian wujud sebab mereka mahu memudahkan pengguna internet mencari informasi yang relevan. Satu bonus jika informasi tersebut terkini dan unik setiap satunya. Tidak kira berapa kerap enjin carian menukar atau menaik-taraf algoritma carian mereka, tujuan asasnya masih sama. Jika laman web anda selaras dengan tujuan asas ini, maka ia selamat dan nampak “natural”. Jika sebaliknya, berjaga-jaga sebab laman web anda mungkin akan ditangkap sedang mempraktikkan Black Hat SEO! Untuk mengetahu lebih lanjut anda boleh memiliki produk terbaik mengenai SEO di bawah. Selamat maju jaya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan