Kebanyakan ‘newbie’ berpendapat setiap kali mereka membuat website baru, ia akan terus boleh dicapai melalui google dengan serta merta. Anggapan ini adalah salah kerana website/blog yang baru dibina tidak ada dalam pangkalan data google. Dan untuk membolehkan sesebuah website mendapat ranking untuk sesebuah keyword, ia haruslah di index terlebih dahulu oleh google atau dalam kata lain, sesebuah website itu harus tersenarai dalam database google.
bagi mereka yang tidak tahu, mereka mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu atau mungkin berbulan-bulan hanya untuk menunggu di index oleh google. Sebenarnya ada cara mudah dan juga percuma untuk mempercepatkan peng’idex’an google. Ia sangat mudah hingga seringkali terlepas pandang. Bagaimana caranya?
Baiklah, cuma 3 langkah mudah :-
1) Submit sitemap ke google
2) Verify website/blog
3) Pasang google analytic
Untuk langkah 1 dan 2, ia dilakukan di google webmaster tools : https://www.google.com/webmasters/tools . Dan untuk google analytics, ia boleh dicapai di sini : https://www.google.com/analytics.
Ke tiga-tiga langkah diatas sebenarnya secara tidak langsung akan ‘memaksa’ google bot untuk ‘melawat’ website kita dan seterusnya meng’index’ website tersebut. Dalam masa yang sama, kita bolehlah membina ‘backlinks’ untuk meningkatkan popularity website.
SELAMAT MENCUBA !
![]() |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan