Halaman

Isnin, 23 Februari 2009

Bisnes Yang Anda Minat

Salam perniagaan..

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan kita mestilah terlebih dahulu mengetahui sesuatu jenis perniagaan yang kita ceburi itu. Ini adalah untuk memudahkan kita menjalankan perniagaan dengan efektif dan teratur.

Di sini saya ingin sarankan kepada anda supaya melakukan perniagaan yang anda minat dan bukan semata-mata untuk mendapatkan duit. Ini kerana jika kita menlalui proses kejatuhan dalam perniagaan, semangat yang kuat dan jitu amat diperlukan. Jika perniagaan itu dijalankan atas dasar minat yang mendalam dalam bidang tersebut kita rela melalui dan menanggungnya. Apabila kita berjaya menghadapi cabaran tersebut zaman kegemilangan bakal menanti dan duit juga datang mencurah-curah.

Ingatlah Allah akan menolong hambanya yang sabar dan redha dengan setiap ujiannya.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan