Berniaga merupakan satu medan pertempuran yang sangat hebat, tetapi anda jangan risau kerana ganjarannya juga begitu hebat sekali. Ini kerana pada permulaan seseorang ingin menjalankan perniagaan, pelbagai rintangan dan liku-liku terpaksa di hadapi, ada yang terpaksa jual kereta, barang kemas dan lain-lain lagi. Keperitan ynag dialami inilah yang membakar keberanian mereka untuk meneruskan usaha dalam perniagaan. Orang berniaga kerjanya bersungguh-sungguh lebih daripad orang yang makan gaji. Tetapi anda boleh lihat kejayaan orang berniaga berbanding orang makan gaji contonya seperti usahawan-usahawan multilevel, jutawan nternet seperti Irfan Khairi dan ramai lagi yang telah berjaya.
Di sini saya ingin gambarkan kepada anda tentang keberanian di dalam perniagaan yang saya maksudkan. Berani dalam konteks perniagaan tidaklah sampai melampaui batas seperti orang yang berani mati untuk berjihad. Berani di sini ialah kita berani mengambil risiko dan tabah mengharungi segala cabaran yang mendatang melalui persaingan perniagaan. Risiko dalam berniaga ialah kita takut rugi, istilah rugi memang tidak digemari oleh para peniaga, tetapi anda harus berani hadapinya. Jika jatuh, bangun lagi, jika rugi cari cara dan strategi untuk tambah keuntungan. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, yang penting kita berani dan tidak takut menghadapi segala cabaran yang mendatang.
Semoga anda lebih berani dan tidak takut untuk berniaga, kekuatan dalaman adalah lebih penting dari kekuatan fizikal bagi seorang peniaga yang bijak.
Klik di banner untuk tahu lebih lanjut

Tiada ulasan:
Catat Ulasan