Halaman

Sabtu, 10 Januari 2009

Belajar Buat Sikit Dahulu

Salam Perniagaan...

Setiap apa yang kita lalui jika difikir secara positif adalah proses pelajaran dalam kehidupan. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Untuk belajar kita tak perlu tunggu masa dan keadaan yang sesuai, bila2 masa kita boleh belajar.
Di sini saya nak fokuskan pada belajar berniaga, jika kita perhatikan setiap apa jua benda boleh kita niagakan yang penting kita kena bijak mengambil peluang yang ada. Contohnya jika kita tinggal di rumah dan teringin untuk berniaga, kita boleh mulakan dengan langkah pertama membeli keperluan kita lebih dari yang kita perlukan, contohnya saya mengikut suami kerja di Sarawak dan saya merupakan seorang suri rumahtangga. Apabila balik ke kampung saya akan membeli perhiasan atau barang sarawak untuk dijual di kampung. Barang yang saya maksudkan bukanlah benda yang besar dan ianya tidaklah menyusahkan untuk di bawa balik kerana kita terpaksa menaiki kapal terbang. Setiap kali balik kampung saya akan bawa balik mutiara, gelang, ibu loket, cincin untuk dijual. Barang ini tidaklah memerlukan modal yang besar jika kita ingin lakukan secara permulaan, tetapi jika sambutannya di luar jangkaan, anda bolehlah menambah modal dan beli dalam kuantiti yang agak banyak.

Alhamdulillah saya beroleh keuntungan dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan ini. Malah kadang-kadang saya ada menerima tempahan dari kawan-kawan yang ingin membeli tikar sarawak, itupun saya bawa balik jika barang keperluan saya tidak banyak.

Dalam post yang akan datang saya akan kongsikan macam mana saya dapat buat duit dengan menjalankan perniagaan makanan pula.

Sekian.

2 ulasan:

  1. yup untuk jadi senang perlu dimulakan dengan usaha yg memerlukan modal kecil dahulu...

    BalasPadam
  2. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..takper mulakan dengan sikit dahulu. Baru gerak yang besar.

    BalasPadam