LABANON-USAHAWAN INTERNET

![]() |
SAYA tertarik untuk menulis tentang anak muda ini selepas melihat kejayaannya menjadi usahawan internet ketika masih dibangku persekolahan.
Di kala ramai rakan sebayanya menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah, beliau telah mempunyai pendapatan yang mencecah 4 angka hasil daripada perniagaan internet.Adly bin Mukhtar, itulah nama anak muda ini. Ramai yang tidak kenalkan? Kerana dia lebih di kenali dengan nama Labanon di alam siber. Kalau Labanon, saya pasti semua usahawan internet di Malaysia mengenalinya.
Anak muda ini baru berumur 17 tahun dan sedang bersekolah di SMK Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu di Tingkatan 5. Kalau mengikut sejarahnya beliau adalah seorang pelajar yang pintar dengan mendapat 5A di dalam UPSR dan 6A di dalam PMR.
Anak kepada ahli perniagaan ini memang minat berniaga sejak dari kecil lagi. Katanya dia akan berasa puas sekiranya dapat menjual dan akan tersenyum apabila mendapat keuntungan.
Apabila saya membaca biodatanya, saya rasa anak muda ini lain dari yang lain. Beliau meminati subjek Matematik tambahan dan kimia yang menggambarkan beliau adalah seorang yang sukakan cabaran dan sentiasa berfikiran analitik.
Dan apabila beliau mengatakan meminati lagu-lagu korea yang berentak urban dan menggemari warna biru, saya dapat gambarkan beliau berjiwa sentimental tetapi bersemangat kental dan sanggup meredah lautan api untuk mencapai cita-citanya.
Apabila saya tanya beliau macamana boleh menceburi bidang perniagaan internet, katanya dia memang meminati komputer dan menggunakan internet sejak dari tahun 3 persekolahan. Mula-mula minat main game dan chatting tetapi sekitar tahun 2005, beliau telah mula melayari blog-blog keusahawanan tempatan seperti blog Smartzul dan blog Mohd Shuhaimy.
Kemudiannya apabila membaca artikel tentang Dr. Irfan Khairi yang telah menjadi jutawan internet, keinginan untuk mengetahui selok belok perniagaan internet semakin membuak-buak, dari situlah anak muda ini mula membeli buku-buku yang berkaitan dengan perniagaan internet.
Antara buku yang mula-mula di bacanya adalah buku `Buat Duit Dengan Internet’ yang di tulis oleh Team SaifulSham yang mana katanya telah mengubah kehidupannya menjadi Labanon yang baru.
Dari situlah beliau telah membina blog sendiri berdasarkan pengalaman dan pembacaan. Seterusnya beliau menyertai forum-forum perniagaan internet yang telah benar-benar membuka mindanya.
Pada pertengahan 2006, pengembaraan beliau telah benar-benar bermula. Beliau tidak menoleh kebelakang lagi dan terus menghasilkan ebook yang bertajuk `Dari Sifar Menjadi Usahawan’ yang telah membuatkan ramai orang mengenali Labanon.
Kemudian katanya beliau mengenali Bro Fai yang telah banyak membantunya dan kini menjadi partnernya dengan menubuhkan Team FlareBiz.
Sekarang mereka berdua sedang menjual ebook terbaru yang berjudul `Rahsia Menulis Sales letter Membunuh’ yang dengar khabarnya laris macam goreng pisang panas.
SUMBER:http://blogroshatika.blogspot.com
Saya dapatkan dari http://www.blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com
Thanks, miji.
Untuk dapat cara pendapatan internet layari hht://www.gajisendiri.com/index.php?ref-haikal
Saya dapatkan dari http://www.blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com
Thanks, miji.
Untuk dapat cara pendapatan internet layari hht://www.gajisendiri.com/index.php?ref-haikal
Salam,jutawansenyap12,ini link ke blog saya,http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com
BalasPadamSilalah tinggalkan link anda di blog saya atau jadi kawan baik saya :)
Wslm. Tima kasih krn sudi dtg ke blog sy, kita boleh berkawan & bertukar maklumat. Itu nama blog saya.
BalasPadamLayari link di http:/wwww.gajisendiri.com/index.php?ref=haikal
Excellent work! Have a nice week!
BalasPadamThanks for visit my blog. Have a nice day.
BalasPadamwah, bestnya kecik-kecik dah jadi usahawan internet..
BalasPadamSelamat datang sabri, nasib baik awak jenguk blog saya. Td saya dan kehilangan blog awak dan lupa save. Banyak info yang saya dapat..thanks
BalasPadam