Halaman

Rabu, 24 Disember 2008

Realiti Alam Pekerjaan Di Malaysia Money Opportunity, News October 22nd, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang sememangnya memberi impak yang begitu ketara terutamanya untuk rakyat di negara eropah dan Amarika.Ramai pekerja kehilangan pekerjaan dan institusi kewangan di ishtiharkan bankrup serta peningkatan mendadak kadar insflasi benar-benar menguji mental dan jasmani penduduk dunia.Walaupun ekonomi Malaysia secara langsungnya tidak begitu terjejas,hakikatnya tempiasnya tetap jua di rasai.Tahukah anda jutawan-jutawan Malaysia seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari dan juga Robert Kuok mengalami kerugian berbillion ringgit kerana sebahagian besar mereka mempunyai asset pelaburan di luar negara.

Kadar pengangguran meningkat dan gejala sosial seperti kes bunuh diri juga menular dengan cepatnya sebagai respon kepada kemelesetan ekonomi ini.Sebagai seorang blogger atau pun usahawan internet, adalah anda turut terasa bahangnya.Jika soalan ini di tanya kepada saya, jawapannya adalah Ya.Kerana hampir 70% pelanggan produk dan perkhidmatan yang saya tawarkan,pelanggannya adalah dari negara-negara eropah.Pakar-pakar ekonomi meramalkan fasa pemulihan krisis ekonomi yang melanda akan mengambil masa sepanjang tahun ini dan juga separuh pertama tahun hadapan.Apakah tindakan anda untuk memastikan pendapatan bulanan anda tidak terus terjejas? Kerana skop pekerjaan usahawan adalah begitu luas maka jawapan terbaik adalah dengan mempelbagaikan sumber pendapatan internet anda.Tidak hanya bergantung pada sumber tertentu sahaja.Lagi banyak sumber anda lebih bagus.

Malaysia sememangnya telah bersedia dengan krisis ekonomi seperti ini.Model pemulihan ekonomi yang di laksanakan oleh Tun Mahathir pada tahun 1998 telah menjadi contoh terbaik kepada negara-negara barat ketika ini memulihkan ekonomi negara mereka.Mereka-mereka ini terdiri daripada individu-individu yang mencemuh Tun Mahathir ketika Krisis ekonomi Asia 1998 dahulu.setiap manusia melakukan kesilapan jadi jangan lupa memohon maaf :)

Ekonomi yang lembab bukan sahaja menyebabkan ramai pekerja hilang sumber pendapatan malah kadar pengangguran di kalangan para graduan lepasan universiti meningkat.Di sinilah betapa pentingnya nilai-nilai berdikari dalam diri graduan. Mengapa harus terlalu bergantung pada syarikat besar untuk bekerja makan gaji.Kita selalu di motivasikan dengan gaji seorang jurutera minyak syarikat antarabangsa seperti mencecah 600 pound sehari.Mungkin benar,tapi berapa ramaikah yang mampu untuk mencapai tahap itu.Jika anda adalah graduan kelas atasan anda bernasib baik.Tapi bagaimana untuk graduan kelas kedua dan ketiga.Adakah mereka akan terbuang begitu sahaja.Tidak semua graduan bernasib baik untuk menempatkan diri mereka dalam sektor yang mereka idamkan.Selebihnya terpaksa bekerja dalam apa jua bidang demi sesuap nasi.Itulah hakikat alam pekerjaan di Malaysia.

Apa yang perlu saya buat? Senang sahaja, mulakan perniagaan anda sekarang!pernahkah anda dengar orang terkaya di dunia bekerja makan gaji.Owh tidak, saya rasa mustahil kerana 9/10 pintu pendapatan adalah daripada perniagaan.Michael Dell dan Bill Gates masing-masing memulakan perniagaan mereka semasa masih lagi menuntut di Universiti.Jika mereka boleh anda juga tentu boleh.
Hendak berniaga apa? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.Anda boleh menjual apa sahaja.Yang paling penting jual produk yang anda mahir.Apa apa bidang pun boleh dikomersialkan jika betul gaya dan tekniknya.Perniagaan internet juga adalah salah satu pilihan untuk anda di alam cyber dan dunia ICT kini.Tipulah jika graduan-graduan seperti anda tidak tahu apa itu internet.Pokoknya,tetapkan mind set anda, rancang perniagaan anda dan promosi berterusan produk.Ulang langkah ini dan hasilnya anda beritahu saya! Selamat berjaya.

Mengenai Penulis

Joerzoe mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2006. Internet juga memberikan Joerzoe kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.joerzoe.com untuk mengenali Joerzoe dengan lebih dekat.

Carilah peluang untuk mendapatkan pendapatan melalui internet. Di sini saya ingin kongsikan 13 cara untuk mendapatkan pendapatan melalui internet. Klik di link di bawah

http://www.gajisendiri.com/index.php?ref=haikal

Kalau nak makan gaji klik banner di bawah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan