Halaman

Isnin, 11 April 2011

Sambungan..Nasib Baik Dan Kemewahan Hanya Datang Kepada Mereka Yang Mencari Peluang

Sudah tentu peladang yang pertama menemui apa yang dicari. Mengetahui potensi simpanan minyak tersebut, beliau menawarkan untuk membeli ladang sahabatnya, dan sahabatnya menerima dengan senang hati. Anda mungkin dapat meneka siapa yang akan menjadi jutawan satu hari nanti.

Sebabnya ramai orang yang tidak mengambil peluang ialah kerana suka bertangguh dan tidak bersedia. Kita sedia tahu bahawa memang mudah untuk memikir terlebih dahulu dan biarkan peluang berlalu pergi daripada menerima cabaran untuk menukar peluang tersebut ke arah kejayaan. Kebanyakan kita berada dalam keadaan selesa, takut mengambil tindakan yang mendatangkan susah. Kita memerlukan motivasi untuk melakukan sesuatu, contohnya membuktikan bahawa kita boleh melakukan sesuatu atau dipengaruh oleh seseorang yang telah berjaya.

Mengapa seorang boleh melihat peluang dan yang lainnya tidak? Ini adalah kerana ornag tersebut mencari peluang. adakah kerana nasib kereta nasional proton menjadi kereta utama di Malaysia, adakah kerana nasib seorang penulis dapat menjual buku yang laris daripada seorang lagi tidak pernag menulis satu perenggan pun?
Fikirkanlah semuanya bermula dari langkah awal kita menilai peluang yang datang.



1 ulasan: